Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 24 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Demografi Daerah Saratok

LATAR BELAKANG

PENGENALAN

Daerah Saratok dahulunya dikenali sebagai Kalaka merupakan sebahagian daripada Pentadbiran Bahagian Betong yang berkeluasan 1,686.68 km persegi. Pentadbiran Daerah Saratok juga mewujudkan Daerah Kecil dalam membantu Pentadbiran Daerah Saratok iaitu Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu.

Pada sekitar 1878, Pejabat Daerah Saratok atau dikenali sebagai “Fort Charles” telah dibina oleh Maxwell iaitu kakitangan kepada Kerajaan Brooke. Ia terletak di tengah-tengah pusat Bandar Saratok iaitu di atas bukit SAGATOK. Di awal penubuhannya, ia berfungsi sebagai tempat pentadbiran dan pengumpulan cukai daripada penduduk sekitarnya. Akibat daripada hakisan tanah yang berlaku pada tahun 1893, bangunan ini telah runtuh. Ia dibina semula pada tahun 1895. Bangunan ini telah dibina dengan menggunakan bumbung atap dan kayu belian. Bangunan ini telah beroperasi sehingga tahun 2008.

Pada 30 Ogos 2009, pejabat ini telah berpindah ke pejabat baru iaitu kira-kira 200 meter daripada bangunan asal iaitu terletak di Lot 42, Saratok Town District.


DEMOGRAFI

Mengikut bancian pada tahun 1871, seramai 9,530 orang penduduk di Daerah Saratok. Majoritinya adalah terdiri daripada Iban, Melayu dan Cina. Menjelang pada tahun 2010, jumlah penduduk semakin meningkat sehingga mencecah kepada 46,094 orang.

Jumlah Penduduk Daerah Saratok mengikut Kumpulan Etnik Bagi tahun 2010

Kumpulan Etnik

Bukan warganegra

Jumlah

Melayu

Iban

Cina

Melanau

Bidayuh

Bumiputera lain

Lain-Lain

18,373

24,023

2,834

131

220

150

61

276

46,094

Sumber: Jabatan Perangkaan Negara tahun 2010


KELUASAN KAWASAN PENTADBIRAN DAERAH SARATOK:

Kawasan Keluasan
Daerah Saratok 597.53 km persegi
Daerah Kecil Budu 290.01 km persegi
KELUASAN KAWASAN KESELURUHAN 887.54 km persegi


PETA DAERAH SARATOK

PETA SARATOK