Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 24 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Tarikan Pelancongan

Terdapat beberapa kawasan pelancongan yang popular di daerah Saratok. Antaranya ialah telaga lama yang dikenali sebagai Telaga Mok Haji Kiah. Ia terletak berhampiran taman yang bersebelahan dengan Balai Polis, Daerah Saratok. Telaga ini dikatakan tidak pernah kering walaupun kemarau melanda. Selain itu, terdapat lokasi perkelahan yang menarik dan dikenali sebagai Wong Kelangsau oleh penduduk sekitar. Ia terletak di kawasan hutan hulu Awik Saratok. Kawasan ini agak tersorok dan dikelilingi oleh hutan adalah tarikan utama bagi pengunjung ke lokasi ini. Oleh yang demikian, kawasan ini akan dinaiktaraf bagi memudahkan pengunjung yang datang.