Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 24 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Perutusan Pegawai Daerah Saratok

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua Warga Pejabat Daerah Saratok dan pengunjung Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong, ruangan Pejabat Daerah Saratok.

Saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada Pentadbiran Residen Bahagian Betong kerana telah mendapat pengiktirafan 5 BINTANG dalam membangunkan Laman Web bagi penilaian Tahun 2016. Kejayaan ini dikongsi bersama kerana telah melalui proses penggabungan laman-laman web daerah-daerah di Bahagian Betong menjadi satu laman web rasmi iaitu Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong iaitu melalui www.betong.sarawak.gov.my. Penggabungan maklumat mengenai semua daerah di Bahagian Betong iaitu Daerah Betong, Daerah Saratok, Daerah Pusa dan Daerah Kabong di Bahagian Betong kepada 1 Portal merupakan satu inisiatif yang baik kerana maklumat semua daerah dapat diperoleh melalui satu pautan sahaja.

Selaras dengan Strategi Negeri Sarawak untuk membangun melalui Ekonomi Digital, saya berharap portal ini akan dapat dimanfaatkan oleh kakitangan untuk mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan Pejabat Daerah Saratok kepada pengguna. Saya juga berharap agar segala maklumat yang disediakan di dalam laman web ini akan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pelanggan dan masyarakat global Pejabat Daerah Saratok.

 Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama membangunkan Daerah Saratok ke arah pembangunan mapan dan harmoni. Segala maklumbalas dan cadangan daripada pengguna laman web menggunakan ruangan maklum balas dan cadangan amatlah dialu-alukan agar dapat memperkasakan mutu perkhidmatan kami.


Encik Mohd. Ikhmal Abdullah
Pegawai Daerah Saratok

Dikemaskini 22 Januari 2018