Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Sept 2018
Versi 8.1.1a
Infrastruktur di Daerah Pusa

KEMUDAHAN INFRASTUKTUR

PERHUBUNGAN JALAN RAYA UTAMA

  • Pembinaan lebuh raya pesisir pantai yang menghubungkan Triso-Maludam-Beladin dan Pusa-Sesang-Kabong telah siap sepenuhnya pada tahun 2005.

  • Perkhidmatan feri di Tanjung Lilin ( Batang Saribas ) menghubungkan Daerah Pusa dengan Daerah Kecil Maludam telah mula beroperasi pada Februari 2007.

  • Perkhidmatan feri di Sungai Krian yang menghubungkan Daerah Pusa dengan Daerah Kecil Kabong beroperasi pada Januari 2006.

  • Pembinaan Jalan Raya ke Tanjung Assam, Spaoh ke Kampung Beladin sedang giat dijalankan.


PROJEK PEMBANGUNAN UTAMA

Pembinaan Jambatan Sungai Rimbas, Pusa yang menghubungi dari Pekan Pusa ke Kampung Pusa dan Pembinaan Kompleks Pendaratan Ikan Beladin, Pusa.


RGC BELADIN


PUSAT PERTUBUHAN DESA ( RGC ) BELADIN

Dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah ( PELITA ) telah diluluskan pelaksanaannya pada 5 April 1995. Meliputi kawasan seluas 247 ekar. Merangkumi Pasar Baru, Sekolah Menengah, Masjid, Pejabat Jabatan Kerja Raya, Stadium Mini, Lot Perumahan Mesra Rakyat, Dewan Masyarakat, Klinik, Balai Polis dan Sekolah Rendah.

Aktiviti ekonomi berasaskan pembangunan tanah secara komersil untuk tujuan perladangan kelapa sawit di kawasan Tanjung Lilin dan Tanaman Rumbia di Pusa.