Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 24 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Pejabat Daerah Kecil Maludam

DAERAH KECIL MALUDAM

Terletak di antara muara sungai Batang Lupar dan Sungai Saribas. Suatu ketika dahulu ia terletak di bawah pentadbiran Sri Aman dan akhirnya dimasukan dalam pentadbiran Bahagian Betong. Maludam juga pernah menjadi sebahagian daripada pengurusan Daerah Kecil Sebuyau kerana faktor lokasi yang paling hampir dan sekarang pentadbiran Daerah Kecil Maludam telah diambil alih oleh Pejabat Daerah Pusa setelah Pejabat Daerah Pusa telah diistiharkan menjadi Pejabat Daerah Pusa pada 08 Oktober 2015.


PROFAIL DAERAH KECIL MALUDAM

Dalam tempoh 74 tahun (1911-1985) dikenali sebagai Kampung Maludam, jumlah penduduk Kampung Maludam semakin meningkat dan semakin ramai. Ini menyebabkan pihak kerajaan Negeri Sarawak mengambil inisiatif untuk mengiktiraf Kampung Maludam sebagai sebuah daerah kecil yang dikenali sebagai Daerah Kecil Maludam pada tahun 1985.

Daerah Kecil Maludam adalah merupakan Daerah Kecil dalam Daerah Pusa dan memiliki keluasan 479 KM persegi. Penduduk Daerah Kecil Maludam adalah terdiri daripada 80% Melayu, 15% Iban dan 5% Cina.

                     Peta Maludam

Impak pembangunan secara keseluruhan begitu dirasai dengan wujudnya jalan raya yang menjadi penghubung bagi memudahkan penduduk ke bandar. Kewujudan Feri Triso-Sebuyau, Pusa-Tanjung Lilin ( Beladin ) memudahkan lagi untuk penduduk berurusan.



Pejabat/Agensi Kerajaan Negeri di Daerah Kecil Maludam

1) Pejabat Daerah Kecil Maludam
2) Jabatan Pertanian
3) Jabatan Kerjaraya

 

Pejabat/Agensi Kerajaan Persekutuan di Daerah Kecil Maludam

1) Jabatan Pendaftaran Negara
2) Polis DiRaja Malaysia
3) Klinik Kesihatan
4) Tadika KEMAS
5) Taska
6) SK Maludam
7) SJK Chung Hua
8) Pusat Internet 1 Malaysia
9) Perpustakaan Desa


Pembangunan Utiliti

Nikmat pembangunan bertambah rancak apabila kerajaan memperkenalkan Projek Bantuan Rumah ( PBR ), Baikpulih Rumah, Projek Pertanian Menanam Limau, Bantuan Baja Tanaman, Biji Benih, Bantuan Bot 1AZAM, Enjin Sangkut, Peralatan Nelayan, Kemudahan Telefon Awam, Projek Pembinaan Parit Konkrit, Kemudahan Air Bertapis, Tangki 1Malaysia.


Pelancongan

Daerah Kecil Maludam juga mempunyai sebuah Taman Negara yang dinamakan sebagai Taman Negara Maludam seluas 43,147 hektar. Terdapat pelbagai sepsis flora dan fauna yang terletak di Taman Negara Maludam. Taman Negara Maludam ini juga turut dikunjungi oleh warga asing selain penduduk tempatan. Untuk sampai ke Taman Negara Maludam boleh menggunakan jalan sungai iaitu menggunakan bot laju. Taman ini terkenal dengan 'Red Banded Langur' ( Kera Merah ) dan juga 'Proboscis Monkey' ( Orang Belanda ) iaitu sejenis monyet berhidung besar dan panjang. Ini mewujudkan satu lagi peluang ekonomi kepada penduduk tempatan dengan mewujudkan rumah tumpangan atau 'Homestay'. Program Pasar Tani yang diadakan setiap bulan juga mampu menarik minat kepada penduduk setempat dan pelancong.

       Peta Nasional Park Maludam                               Pasar Tani Maludam



                      Red Banded Langur ( Kera Merah )

                                                                       Proboscis Monkey ( Orang Belanda )


SEJARAH PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH KECIL MALUDAM

Pejabat Daerah Kecil Maludam telah mula beropersi sepenuhnya mulai tahun 1980an sehingga sekarang. Senarai Pegawai Tadbir Menguasa yang pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kecil Maludam adalah seperti berikut:-