Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Okt 2018
Versi 8.1.2
Sejarah Bahagian BetongSejarah Bahagian Betong

Pengenalan Tentang Bahagian Betong

Pejabat Residen Bahagian Betong telah ditubuhkan pada 26 Mac 2002 dan merupakan Pejabat Pentadbiran Bahagian yang ke-11 di Sarawak yang telah diisytiharkan oleh YAB Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak Merangkap Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak. Kawasan-kawasan di bawah pentadbiran Pejabat Residen Bahagian Betong adalah terdiri daripada Daerah Betong dan Daerah Saratok.

Semasa Daerah Betong dan Daerah Saratok masih dibawah bidang kuasa Pentadbiran Bahagian Sri Aman, kedua-dua daerah ini telah banyak menyumbangkan hasil-hasil ekonomi yang terdapat di sekitarnya. Setelah dinaiktarafkan sebagai satu pentadbiran bahagian yang baru, pembangunan kini tertumpu kepada memperluaskan bidang-bidang ekonomi pertanian dan perikanan yang sedia ada agar ianya dapat dijadikan sebagai salah satu daripada hasil ekonomi utama Bahagian Betong.

Selain daripada itu, pembangunan industri perlancongan juga giat dijalankan bagi mempromosikan Bahagian Betong dan ini adalah penting bagi menarik perhatian para pelancong dari dalam dan luar negeri untuk mengenali Bahagian Betong dengan lebih dekat lagi. Diharap daripada usaha-usaha ini juga akan dapat menarik minat usahawan-usahawan dari dalam dan luar bagi memperluaskan peluang perniagaan mereka di Bahagian Betong agar ia dapat menyumbangkan ke arah kemajuan dan pembangunan yang pesat kepada Bahagian Betong.

Operasi Pejabat Residen Bahagian Betong (PRBB) telah bermula apabila pengisytiharaan Daerah Betong sebagai Pentadbiran Bahagian yang baru telah dilakukan pada 26 Mac tahun 2002 yang lepas dan diketuai oleh Residen yang pertama bagi Bahagian Betong iaitu Datu Romie Sigan Daniel. Pengwujudan Pejabat Residen Bahagian Betong adalah penting kerana ia berperanan untuk menjadi nadi bagi mentadbir kemajuan dan pembangunan di Bahagian Betong keseluruhannya.

Pada awal penubuhan, Pejabat Residen Bahagian Betong telah ditempatkan di pejabat sementara yang beralamat di Pejabat Daerah Betong, Jalan Pengarah Isek bagi menjalankan operasi pejabat dan operasi pentadbiran untuk seluruh Bahagian Betong. Setelah ditempatkan selama hampir lebih 5 tahun di Pejabat Daerah Betong, operasi-operasi pejabat dan pentadbiran Pejabat Residen Bahagian Betong telah dipindahkan ke Tingkat 2 dan 3, Blok Menara, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Bahagian Betong, di Jalan Setia Raja pada Julai 2007 yang lalu.

Kesinambungan daripada itu, perancangan-perancangan yang untuk proses pembangunan Bahagian Betong semakin bertambah dari masa ke semasa dan Pejabat Residen Bahagian Betong kini sedang giat berusaha untuk meningkat perkhidmatan-perkhidmatannya yang sedia ada kepada para pelanggan yang datang berurusan.