Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Jul 2018
Versi 8.0.4b
Perutusan Residen Bahagian BetongPerutusan Residen Bahagian Betong



Selamat datang ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong

Salam sejahtera dan selamat datang diucapkan kepada semua pengguna yang melayari Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada kakitangan Pentadbiran Bahagian Betong yang terlibat dalam membangunkan portal ini.

Melalui portal ini, Pentadbiran Bahagian Betong mampu bergerak seiring dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain dalam usaha memodenkan pengurusan perkhidmatan automasi dan e-Kerajaan.

Tambahan juga, salah satu misi kita ialah untuk meningkatkan aktiviti melalui penggunaan teknologi moden serta penguasaan ICT. Maka, dengan wujudnya portal ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan kemajuan daya pemikiran masyarakat serta memberi maklumat yang terkini.

Selain itu juga, kita berharap agar portal ini dapat mempromosikan Pentadbiran Bahagian Betong kepada semua pelanggan disamping menyebarkan maklumat serta perkhidmatan yang sedia ada. Saya juga berharap maklumat yang disalurkan melalui portal ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pelanggan.

Saya percaya melalui portal ini, agensi kami dapat membantu orang ramai khususnya masyarakat di Sarawak memperolehi maklumat dengan mudah serta memastikan semua urusan atas talian dapat diselesaikan dengan cepat, tepat dan pada bila-bila masa.

Saya juga berharap dengan wujudnya portal ini, masyarakat dapat mendapatkan maklumat serta gambaran secara am mengenai Bahagian Betong khususnya tentang visi, misi dan objektif Pentadbiran Bahagian Betong.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih di atas kesudian anda melayari portal ini. Sekiranya terdapat maklum balas mengenai penambahbaikan ke atas portal ini, sila isi ruang maklum balas yang terletak di bahagian atas laman utama portal ini.

‘Bersama Kita Merealisasikan Impian’

Sekian, terima kasih.

Friday Anak Belik,

Residen Bahagian Betong