Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Okt 2018
Versi 8.1.2
Pendaftaran Nama-Nama PerniagaanPendaftaran Nama-Nama Perniagaan

Maklumat Am

Pemohon mesti memastikan bahawa nama syarikat yang akan didaftarkan tidak dipunyai atau digunakan oleh syarikat-syarikat yang sudah didaftarkan.

Pemohon boleh mendapatkan borang di Pejabat Daerah yang berdekatan dengan percuma.

Jenis perniagaan yang boleh didaftarkan:-

  • Perseorang
  • Perkongsian

Lain-lain:

  • Perniagaan adalah termasuk perdagangan atau pekerjaan untuk tujuan keuntungan
  • Tempat dan alamat perniagaan mestilah digunakan untuk berniaga sahaja.

 Selalunya, pendaftaran nama-nama perniagaan mengambil masa 1-7 hari untuk diproses, dan SIJIL PENDAFTARAN : R.22-1/86 akan diserahkan kepada pemohon selepas mendapat kelulusan.

 Undang-Undang

  • Ordinan Nama-Nama Perniagaan (Bab 64)
  • Akta Syarikat 1965
  • Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974)
  • Kanun Tanah Negeri Sarawak
  • Ordinan-Ordinan Puhak Berkuasa Tempatan
  • Keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat


Borang Rasmi

  • Borang Pendaftaran Ordinan Nama Nama Perniagaan : R.20-Pind.1/86

 Yuran

  • RM50.00 (dibayar selepas lesen diluluskan)

 Dokumen-dokumen diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Cop Rasmi Syarikat (Company Official rubber Stamp)
  3. Salinan Surat Perjanjian dengan pemilik premis jika tempat berniaga, disewa atau Surat Persetujuan daripada pemilik Premis bersama dengan salinan fotokopi Geran Tanah (Land Title) atau Ekstrak Geran Tanah daripada Jabatan Tanah dan Survei
  4. Salinan surat tanah atau surat jual-beli, jika tempat berniaga kepunyaan sendiri.
  5. Permit / surat Sokongan daripada agensi yang berkenaan.

Nota : Tempat perniagaan hendaklah dijalankan di Lot Komersial atau Lot Perindustrian dan bukan lot pertanian atau lot kediaman.