Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Apr 2018
Versi 8.0.4b
Pendaftaran Surat PerjanjianPendaftaran Surat Perjanjian

Maklumat Umum

Surat Perjanjian terdiri daripada Perjanjian Am dan Perjanjian Sewa Beli.

  • Perjanjian Am merupakan perjanjian yang dibuat antara dua pihak seperti kontrak, sewa (lease & sub –lease, tenancy agreement)
  • Perjanjian Sewa Beli bermaksud perjanjian di antara penjual dan pembeli, bagi barangan yang dibayar secara ansuran.

Undang-Undang / Peraturan

  • Ordinan Pendaftran Surat Perjanjian (Bab 84)
  • Akta Sewa Beli 1967
  • Hire Purchase Registration Ordinance, 1958.
  • Ordinan Setem 1949

Borang Rasmi

-

Yuran Pendaftaran

  • Yuran pendaftaran adalah RM5.00 (setiap satu set)

Dokumen yang diperlukan

  1. Dua atau lebih salinan Surat Perjanjian dilekat dengan setem hasil (RM10.00 setiap set)
  2. Surat perjanjian mestilah ditandatangani oleh pihak yang berkenaan dengan tandatangan saksi untuk setiap pihak.
  3. Senarai Semak

Pendaftaran Perjanjian Sewa Beli/Perjanjian Am

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum menghantar dokumen:

  1. Dokumen-dokumen yang dihantar mestilah mencukupi dan lengkap seperti yang tercatat di dalam surat Litup (Surat Rasmi).
  2. Dokumen-dokumen hendaklah disetem (Stamp Duty) terlebih dahulu sebelum dihantar untuk diproses.
  3. Dokumen-dokumen hendaklah ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang terlibat beserta tandatangan saksi bagi setiap pihak.
  4. Setiap dokumen hendaklah dibayar RM5.00 bagi satu set termasuk salinan pendua.
  5. Dokumen dibayar secara tunai atau cek.
  6. Had minimum bagi dokumen yang dihantar ialah sebanyak dua set tetapi tiada had maksimum.