Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Apr 2018
Versi 8.0.4b
Lesen Pungutan AwamLesen Pungutan Awam

Lesen Pungutan Awam dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan Pungutan Awam 1996 yang membenarkan pemegang lesen untuk mengumpul derma daripada orang awam. 

Permohonan Lesen Pungutan Awam yang merangkumi dalam Bahagian Mukah proses kelulusan akan dipertimbangkan oleh Residen Bahagian Mukah sahaja.

Jika pemohon ingin membuat pungutan awam bagi Peringkat Negeri (Pengutan dibuat bagi lebih dari satu bahagian), borang permohonan yang lengkap mestilah dimajukan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak (Unit Pentadbiran) di Tingkat 20, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching untuk kelulusan.

Cara Permohonan

Dapatkan Borang A secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Betong (Unit Pentadbiran). Isi Borang A dalam (4) empat salinan dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:

  • Tiga (3) keping gambar bersaiz pasport bagi setiap orang pemohon dan pemungut.
  • Satu (1) salinan fotostat MyKad bagi setiap orang pemohon dan pemungut.
  • Satu (1) salinan penyata akaun bank.
  • Satu (1) salinan minit mesyuarat terkini.

Yuran Lesen Pungutan Awam sebanyak RM25.00 akan dikenakan. Bayaran boleh dibuat di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak Bahagian Betong, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Bahagian Betong.

Sila Ambil Perhatian

Pastikan pemohon mengemukakan Penyata Bank setelah proses kutipan derma / dari tarikh luput lesen, sekiranya gagal berbuat demikian, Pemohon boleh dikenakan DENDA SEBANYAK RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU (RM2000).

Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Betong

Masa akan diambil lebih kurang dalam 30 minit berurusan dengan pegawai kami.

Jangka masa sebenar dengan semua PROSES yang berkaitan dengan Polis DiRaja Malaysia, Pejabat Daerah Betong/Pejabat Daerah Saratok dan Pejabat Residen Bahagian Betong mengambil masa selama 7 HARI BERKERJA.

Pegawai Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Lesen Pungutan Awam.

Encik Lister Clement Guwie [Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau ditalian 083-471577]