Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 23 Jun 2018
Versi 8.0.4b
TaliKhidmatTaliKhidmat

TALIKHIDMAT merupakan satu saluran komunikasi bagi orang awam untuk menghubungi kerajaan dan organisasi-organisasi yang menyediakan perkhidmatan awam di Sarawak. Ditubuhkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sarawak atas cadangan umum, ia bertindak sebagai saluran alternatif untuk membantu orang awam.

Objektif TALIKHIDMAT adalah untuk membantu masyarakat dengan menghubungi mereka dengan kerajaan dan organisasi-organisasi yang sepatutnya untuk mengendalikan kes-kes yang telah dilaporkan. Dengan sistem pengurusan yang berpusat dan berkesan, orang awam akan mendapat bantuan secepat yang mungkin.

PUSAT TALIKHIDMAT
Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri (UPPAN), Jabatan Ketua Menteri
Tingkat 8, Wisma Bapa Malaysia,
Petra Jaya Kuching
93502 Kuching, Sarawak,

Tel: 555999
Faks: 555888
Email: 555999@sarawak.gov.my

Umum
1.
Apakah yang boleh saya kemukakan ke Talikhidmat?

Perkhidmatan Talikhidmat merangkumi semua maklum balas orang awam sama ada aduan, pertanyaan, cadangan, permohonan mendapatkan perkhidmatan dan penghargaan berkenaan semua Agensi Kerajaan Negeri Sarawak seperti Kementerian, Jabatan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat Milik Kerajaan (GLCs) yang menyediakan perkhidmatan utama.

Semua kes diterima KECUALI kes yang berkaitan dengan syarikat swasta atau yang berkaitan:

-       Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)

-       Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

-       Biro Bantuan Guaman

-       Mahkamah Undang-Undang

Kes-kes tersebut akan disalurkan kepada syarikat berkenaan atau badan berkaitan dan dianggap tutup/selesai dalam Sistem Talikhidmat.

 

2.
Bagaimana saya mengemukakan maklum balas kepada Pusat Panggilan Talikhidmat?

Anda boleh mengemukakan maklum balas anda melalui saluran-saluran berikut:

a)     Laman Sesawang Rasmi : https://talikhidmat.sarawak.gov.my/

b)     Talian Telefon : 555999 (talian tetap seluruh Sarawak).  Untuk

        pengguna telefon mudah alih, sila dial  082-555999

c)     Pesanan Ringkas (SMS) :  Taip 555999 hantar dan hantar ke 62999

d)     Laman Mobile : https://w555999.sarawak.gov.my

e)     Faksimili : 082-555888

f)      Emel : 555999@sarawak.gov.my

g)     Surat kepada :    PASUKAN PENGURUSAN TALIKHIDMAT

Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri (UPPAN), Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 8, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching, 93502 Kuching, Sarawak.

3.
Apakah maklumat yang diperlukan apabila mengemukakan maklum balas?

Maklum balas anda hanya boleh diproses jika maklumat yang diterima adalah tepat dan lengkap.  Maka dengan itu, apabila mengemukakan maklum balas anda dipohon untuk memberi maklumat seperti berikut:
  • Nama Anda
  • Alamat Emel anda dan/atau alamat emel untuk penghantaran emel
  • Nombor telefon untuk dihubungi (Talian mudah alih atau tetap)
  • Nombor Kad Pengenalan (MyKad) (Opsyenal)
  • Butiran terperinci kes (disokong dengan foto jika ada)
4.
Apa akan terjadi dengan maklum balas saya?

Apabila Talikhidmat menerima aduan atau maklum balas anda:

a)     Akuan Terima beserta Nombor Kes akan dihantar melalui emel atau

       SMS kepada anda (Jika maklumat emel atau nombor telefon mudahalih  

       dikemukakan) dalam tempoh 24 jam.

b)     Kes akan disalurkan kepada agensi atau agensi-agensi untuk tindakan.

c)     Anda boleh menyemak status kes melalui Laman Sesawang atau

        menghubungi Pusat Panggilan Talikhidmat di talian 555999.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi Talikhidmat dengan mengimbas Kod QR seperti di bawah;

NEWTALIKHIDMATandroid
NEWTALIKHIDMATiOS
Versi IOS Versi Android

 

Sumber Maklumat: Laman Web TaliKhidmat