Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 24 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Lesen Sabong AyamLesen Sabong Ayam

Lesen Sabong Ayam diisukan di bawah peruntukan Peraturan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang (Sabong Ayam)(Pindaan) 1996 dan Ordinan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.

Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen untuk mengadakan aktiviti sabong ayam sempena dengan perayaan:

  • Gawai Burong
  • Gawai Antu
  • Gawai Batu
  • Sabong Lumbong
  • Gawai Dayak

Perayaan lain yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak.

Permohonan lesen akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemberian Lesen Sabong Ayam Bahgian Betong yang dipengerusikan oleh Residen.

Bagaimana anda memohon?

  1. Dapatkan borang secara percuma di Pejabat Daerah.
  2. Isi borang dalam dua (2) salinan dan kemukakannya bersama dokumen berikut:

  • Peta lokasi tempat sabong ayam
  • Sijil Kematian (bagi Gawai Antu – Sabong Lumbong)
  • Kebenaran daripada Ketua Masyarakat

Yuran sebanyak RM50.00 akan dikenakan.

Sila ambil perhatian!

Lesen sabong ayam mesti dipulangkan kepada Pejabat Residen Bahagian Betong dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh sabong ayam diadakan.

Pegawai Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Lesen Sabong Ayam

Encik Ezekiel Lawat Anak Winston Dana, Penolong Pegawai Tadbir N29 [Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau ditalian 083-471545].