Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 7 Nov 2018
Versi 8.1.2
Program Intervensi Beri Kesedaran Pendidikan Seksual Kepada Pelajar
Tarikh : 29 Oct 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

BETONG: Seramai 261 pelajar Tingkatan Satu hingga Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh menyertai Program Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) di sini semalam.

Program anjuran Pejabat Residen Bahagian Betong dan Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Kuching itu bertujuan memberi kesedaran dan advokasi pencegahan kehamilan di kalangan remaja sekolah.

Ia juga bertujuan menghindari dan mencegah remaja mahupun pelajar terjebak dalam seks luar nikah dan memperkasa mereka dengan pengetahuan dalam pendidikan seksual sebagai ‘benteng diri.’

“Program ini mampu memberi suntikan motivasi terhadap kepentingan pelbagai aspek pendidikan pembangunan dan kecemerlangan keluarga serta kehidupan mereka,” kata penganjur dalam satu kenyataan semalam.

Majlis penutupan program itu disempurnakan oleh Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal.

Hadir sama wakil Residen Bahagian Betong Florence Bulan Johnny serta wakil MPS Kuching Jimmy Salau.

Program itu turut dimeriahkan dengan pameran Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, Yayasan Sarawak, CENTEXS Kuching serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Betong.