Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 7 Nov 2018
Versi 8.1.2
Aplikasikan Inovasi Untuk Hasil Produk Komersial Dan Diiktiraf
Tarikh : 18 Oct 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

2018-10-17

BETONG: Penghasilan produk yang berdaya komersial dan diiktiraf dapat mewujudkan pelbagai teknologi yang boleh dimanfaatkan demi keperluan industri negara.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Ishak Mohamad berkata, inovasi yang diaplikasikan boleh menjadi produk yang dapat dimajukan untuk keperluan industri dan kebaikan kepada masyarakat.

“Saya mengharapkan pro-duk yang dipertandingkan pada Betong Innovation Festival 2018 (BIF’18) boleh dimajukan serta diiktiraf Perbadanan Harta Intelek Malaysia(MyIPO) untuk mendapat hak cipta sebagai hasil ciptaan yang diusahakan peserta.

“Selain itu, ia sebagai wadah permulaan kepada semua institusi di Borneo khasnya dan Malaysia amnya untuk menghasilkan produk inovasi yang diiktiraf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan BIF’18 anjuran Politeknik Metro Betong Sarawak(PMBS) di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, kelmarin.

Tambahnya, program yang menyaksikan 85 penyertaan melibatkan 11 institusi dari Sarawak dan Sabah itu berjaya menyamai program inovasi di peringkat antarabangsa.

“Pada masa yang sama, kita mengharapkan pihak MyIPO dapat mengiktiraf kejayaan produk yang dihasilkan institusi kita di sini.

“Sayangnya penyertaan Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah untuk bersama di sini terpaksa dilupakan kerana tidak melepasi kebenaran pihak lapangan terbang untuk membawa bahan inovasi mereka,” ujarnya.

Penyertaan program pe-ringkat Borneo dan kali kedua dianjurkan PMBS ini turut disertai pelbagai institusi termasuk Politeknik, Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, Pusat Latihan, Maktab Rendah Sains MARA dan sekolah menengah di Sabah dan Sarawak.

Pertandingan melibatkan lapan kategori yang merangkumi kategori 1 Pembinaan dan Bahan/Mesin/Peralatan, Kategori 2 ICT dan Multi-media, Kategori 3 Elektrik, Elektronik dan Telekomunikasi, Kategori 4 Perkhidmatan dan Pemasaran Produk, Kategori 5 Makanan dan Minuman, Kategori 6 Produk Hijau/Pertanian/Alam Sekitar/Tenaga Diperbaharui, Kategori 7 Kepelbagaian Budaya dan Kategori 8 ‘Visitor Interpretation Service’.

Hadir sama Timbalan Pe-ngarah PMBS Mohd Zamre Abdul Rahman, Ketua Jabatan Akademik PMBS, Jamilah Hussain, Pengarah MyIPO Vincent dan ketua-ketua jabatan.