Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 7 Nov 2018
Versi 8.1.2
Produk ciptaan Politeknik Kuching menerima Anugerah Inovasi Terbaik Keseluruhan BIF’18
Tarikh : 18 Oct 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

BETONG: Produk ‘Multipurpose Vacuum Cleaner Extension Tank’ hasil inovasi Politeknik Kuching menerima Anugerah Inovasi Terbaik Keseluruhan pada Betong Innovation Festival 2018 (BIF’18) yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini kelmarin.

Anugerah tersebut dinobatkan kepada hasil inovasi yang mempunyai ciri-ciri terbaik, asli dan berpotensi besar untuk dilindungi harta inteleknya dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Manakala produk ‘The Potential Of Eggshell Seashell And Chicken Bone To Reduce The Percentage Of Heavy Metal In Water’ yang dihasilkan MRSM Betong yang menerima Anugerah Inovasi Muda (sekolah) diiktiraf projek terbaik daripada kalangan peserta sekolah dan berpotensi menjadi projek lebih berdaya maju.

Produk ‘Papaya Seeds Poudre’ yang diilhamkan Politeknik Metro Betong Sarawak(PMBS) menerima anugerah ‘Betong Iconic Product’ di mana pihak juri mendapati produk yang dihasilkan boleh dikomersialkan dan boleh diangkat sebagai ikon bagi Betong serta mempunyai kebolehpasaran tinggi.

Dalam pada itu, projek ‘Inova Wheelba’ yang diketengahkan Politeknik Kuching menerima Anugerah Khas Juri di mana juri sebulat suara memilih projek yang mempunyai nilai komersial dan kelainan tersendiri.

Selain penerima anugerah pengiktirafan bagi setiap kategori, turut diumumkan di mana masing-masing di kedudukan pertama dalam kategori 1, Projek ‘Fire Barrier For Fire Fighter’ (Politeknik Kuching), kategori 2, Projek ‘Clap Based Switch System’ (Politeknik Kuching), kategori 3, Projek ‘Multipurpose Vacuum Cleaner Extension Tank’ (Politeknik Kuching), tiada penyertaan bagi kategori 4.

Bagi kategori 5, Projek ‘Papaya Seeds Poudre’ (PMBS), kategori 6, Projek ‘Sand Sieve Ino’ (Politeknik Kuching), kategori 7, ‘Bidayuh Culture’ (PMBS) dan kategori 8, Projek ‘Kubu Alice And Panorama Benak’ (PMBS).

Turut diumumkan tempat kedua masing masing diterima Projek ‘Ezy Binding Device’ (Politeknik Kuching), Projek ‘Self Learning Kit-DPA1013’ (Politeknik Kuching), Projek ‘Finger Print Students Attendance System’ (Kolej Vokasional Bintulu), Projek Mayonis (SMK Spaoh), Projek Haruco (KV Bintulu), Projek Etnik Kaum Cina (PMBS) dan Projek Mount Hosanna Chapel, Sri Aman (PMBS).

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Ishak Mohamad.