Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Jul 2018
Versi 8.0.4b
Pendaftaran Perkara ProbetPendaftaran Perkara Probet

Maklumat Umum

Probet adalah proses pentadbiran harta pusaka si mati untuk pemindahan harta pusaka kepada waris dan benefesiari. Di Sarawak, Pentadbiran Estet ditadbir berdasarkan kepada “ Ordinan Pentadbiran Estet, Bab 80” dan Duti Harta Pusaka berdasarkan kepada “Ordinan Duti Harta Pusaka, Bab 29”. “Surat  Kuasa Mentadbir “ diberikan oleh mahkamah kepada seorang yang khusus untuk bertindak sebagai pentadbir harta pusaka si mati apabila mati tanpa berwasiat. “Urusan Probet” memberi kuasa di sisi undang-undang kepada pentadbir bagi seseorang yang meninggal dunia tanpa wasiat. “Pegawai Daerah” adalah “Pegawai Probet”

Siapa Layak Memohon

  • Balu kepada si mati
  • Anak lelaki kepada si mati
  • Bapa kepada si mati
  • Janda kepada si mati
  • Saudara lelaki paling rapat kepada si mati
  • Saudara perempuan paling rapat kepada si mati
  • Pemiutang ke[ada si mati
  • Pemohon untuk probet mesti adalah waris sah di dalam wasiat si mati

Undang-Undang /Peraturan

  • Ordinan Pentadbiran Estet, Bab 80. Ordinan Duti Harta Pusaka, Bab 29.

Borang Rasmi

-

Bayaran Yuran

-

Dokumen yang Diperlukan

  1. Sijil kematian
  2. Temenggong/Pemanca/Ketua Masyarakat/ Ketua Kaum dikehendaki hadir bersama waris simati [sewaktu pendaftaran] bagi tujuan pengesahan dalam Buku Daftar Probet.
  3. Surat Izin Persetujuan daripada waris-waris untuk melantik Pentadbir [Saksi hendaklah daripada Temenggong /Pemanca/Ketua Masyarakat/Ketua Kaum/Ketua Jabatan Simati]
  4. Surat Wasiat Asal
  5. Surat Sumpah [Bagi kes berwasiat hendaklah terdiri daripada 2 saksi]
  6. Kad Pengenalan waris terdekat
  7. Sijil Perkahwinan/Nikah [gemulah/simati]
  8. ASET
  9. Harta Tak Alih [Geran Tanah, Memorandum Pindah Milik Cagaran, Sewaan, Kaveat P/A]
  10. Akaun Bank [Penyata Akaun Semasa, Buku Akaun Simpanan, Resit Akaun SImpanan Tetap, Resit Peti Deposit]
  11. Saham [Sijil Saham & Surat Pengesahan nilai saham pada tarikh kematian gemulah/simati]
  12. Insuran [Surat Pengesahan amaun tuntutan dari Syarikat Insuran]
  13. Perniagaan [Penyata kunci kira-kira Akaun Keuntungan/Kerugian pada tarikh kematian]
  14. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja/KWSP [Surat Pengesahan jumlah tuntutan terkini daripada Pejabat KWSP]
  15. Kenderaan [Geran Pendaftraan]
  16. Senjata Api [Lesen Pendaftaran]
  17. Surat Akuan/Surat Sumpah sekiranya tiada Sijil Kematian [Bagi yang meninggal dunia sebelum Hari Malaysia]

Nota: Sila klik pautan ini untuk mendaftar permohonan probet secara atas talian.