Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Okt 2018
Versi 8.1.2
Galeri Maklum BalasGaleri Maklum Balas

Galeri telah dikemaskini pada 16.03.2017 [Khamis].

No.

Pengguna

Pendapat/Cadangan/Pertanyaan

Maklum Balas/Tindakan

Status

TAHUN 2016

1.

Evera Anak Stewart

Apakah aktiviti terbaru untuk tahun ini?

Puan/Cik boleh mengikuti perkembangan aktiviti terkini dengan melayari laman web kami atau hubungi kami di talian yang tertera di muka depan laman web ini untuk keterangan lanjut. Terima kasih di atas maklum balas/pertanyaan yang telah disampaikan.

Aktiviti yang akan berlangsung pada tahun ini adalah seperti berikut:

1) Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.

2) Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Bahagian Betong pada 31 Ogos 2016.

3) Showcase Keusahawanan dan Karnival Kepenggunaan 2016 di Bahagian Betong.

4) Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak di Bahagian Betong pada 2 Oktober 2016.

Terbuka

2.

Esah Binti Amin

Apakah aktiviti terkini di Bahagian Betong?

Assalammualaikum & salam sejahtera. Cik/Puan boleh merujuk kepada kalendar aktiviti untuk melihat aktiviti terkini di Bahagian Betong. Cik/Puan juga boleh berhubung dengan Puan Nurul Azura Bt Sabang di talian 083-471817 untuk maklumat lanjut.

Terbuka

3.

Bilgray Clif

Apakah aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan jika mempunyai acara yang penting?

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa. Tuan, Apabila ada aktiviti - aktiviti penting yang dijalankan, pihak kami biasanya akan mengadakan mesyuarat bagi menubuhkan Jawatankuasa Pengelola aktiviti. Selain itu, pelbagai acara sampingan yang diadakan semasa aktiviti contohnya semasa regatta betong, acara penting yang dijalankan adalah pertandingan lumba perahu, persembahan kebudayaan dan tarian kebudayaan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Cik Nurfatma Aqilah di talian 083-472204.

Terbuka

4.

Khairul Azhar Bin Azman

Bagaimana cara untuk memohon mengikuti latihan industri di Pejabat Residen Bahagian Betong?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman, sekiranya encik berminat untuk mengikuti latihan industri di Pejabat Residen Bahagian Betong, encik boleh menghantar surat rasmi melalui institusi pendidikan encik. Encik juga boleh menghubungi Encik Lister Anak Clement Guwie untuk keterangan lanjut di talian 083-083-471577.

Terbuka

TAHUN 2017

1.

Fara Fina Binti Fakhrul

Berapakah bilangan Pejabat Daerah dibawah Bahagian Betong?

Salam sejahtera diucapkan, terima kasih di atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman, di bawah Pentadbiran Bahagian Betong, terdapat empat (4) buah Pejabat Daerah iaitu Pejabat Daerah Betong, Pejabat Daerah Pusa, Pejabat Daerah Saratok dan Pejabat Daerah Kabong. Cik/puan bolehlah mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dengan menghubungi pihak kami di talian 083-472866.

Terbuka

2.

Fara Fina Binti Fakhrul

Berapakah bilangan Pejabat Daerah dibawah Bahagian Betong? Saya juga ingin mendapatkan senarai-senarainya. Sekian terima kasih

Salam sejahtera diucapkan, terima kasih di atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman, di bawah Pentadbiran Bahagian Betong, terdapat empat (4) buah Pejabat Daerah iaitu Pejabat Daerah Betong, Pejabat Daerah Pusa, Pejabat Daerah Saratok dan Pejabat Daerah Kabong. Cik/puan bolehlah mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dengan menghubungi pihak kami di talian 083-472866.

Terbuka

3.

Bridget

Adakah lesen pemberi pinjam wang dan permit iklan seperti moneylander?

Salam sejahtera diucapkan kepada Cik/Puan Bridget. Untuk makluman permohonan lesen pemberi pinjam wang dan permit iklan pemberi pinjam wang diuruskan oleh Pejabat Residen Bahagian Betong. Cik/Puan boleh berhubung dengan Encik Ritos Gayog [083-471559] atau Encik Denny Lim [083-471572] untuk keterangan lanjut atau klik di ruangan perkhidmatan pejabat ini di portal ini. Sekian, terima kasih.

Terbuka