Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 24 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Infrastruktur di Daerah Betong

Setelah dinaikkan taraf ke bahagian, Betong telah mengalami perubahan serta arus pembangunan yang deras bagi (3) tiga sektor utama iaitu prasarana asas, ekonomi dan pendidikan. Pembinaan jalan-jalan baru dan naiktaraf jalan yang sedia ada giat dijalankan. Sehingga kini ke semua pusat pentadbiran daerah dan daerah kecil dapat dihubungi dengan jalan raya. Kampung dan rumah panjang kebanyakkannya sudah dapat dihubungi dengan jalan raya serta mempunyai bekalan api dan air bersih.

Untuk memenuhi kehendak dan cara hidup zaman moden yang berpaksikan teknologi maklumat, Bandar Betong, Pekan Spaoh dan Pekan Debak telahpun dilengkapi dengan prasarana komunikasi jalur lebar tanpa wayar. Dengan ini, penduduk di kedua-dua tempat ini sudahpun menikmati kemudahan internet seperti penduduk-penduduk bandar raya dan bandar besar lain di Sarawak. Adalah diharapkan semua daerah kecil di Daerah Betong nanti akan dapat mempunyai perhubungan internet.

INSTITUSI

JUMLAH INSTITUSI

PENDIDIKAN


Kolej Komuniti

1

Politeknik

1

Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM )

1

Kolej Vokasional

1

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

7

Sekolah Rendah

47

Pra Sekolah

47

JUMLAH INSTITUSI PENDIDIKAN

105

KESIHATAN


Hospital

1

Klinik Kesihatan

10

Klinik Ibu & Anak

1

Klinik Swasta

1

Farmasi

1

Klinik 1 Malaysia

1

JUMLAH INSTITUSI KESIHATAN

16

KEWANGAN


Bank Simpanan Nasional ( BSN )

1

Agrobank

2

Hong Leong Bank

1

ATM Bank Rakyat

2

JUMLAH INSTITUSI KEWANGAN

6

JUMLAH KESELURUHAN

127