Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 24 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Demografi Daerah Betong

Daerah Betong yang ada sekarang berkeluasan 2,494 km persegi yang merangkumi Daerah Kecil Spaoh, Daerah Kecil Debak, Daerah Kecil Pusa dan Daerah Kecil Maludam. Penduduk Daerah Betong terdiri daripada tiga suku kaum utama iaitu Iban, Melayu dan Cina. Pada tahun 2010, direkodkan jumlah penduduk di Daerah Betong ialah seramai 60,728 orang.

Sektor pertanian merupakan penjana utama ekonomi di daerah ini yang melibatkan sebahagian besar penduduknya. Keadaan permukaan bumi yang agak landai diselang-seli oleh sungai dan bukit bukau serta tanah yang subur memungkinkan kawasan ini dibangunkan dengan projek pertanian komersial seperti kelapa sawit, getah, lada hitam, padi, buah-buahan dan tanaman campuran. Di kawasan persisiran pula, penduduknya adalah terdiri daripada nelayan yang terlibat dengan kegiatan menangkap ikan pesisir pantai.

Untuk mempercepatkan proses pembangunan sosio-ekonomi penduduk, beberapa program pembangunan wilayah dan wilayah kecil sedang giat dilaksanakan seperti Pusat Pertumbuhan Desa Beladin, Pusat Pertumbuhan Desa Layar, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kalaka-Saribas dan Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera. Selain daripada itu, Mantan Perdana Menteri yang keempat Tun Abdullah Badawi telah meluluskan satu projek lonjakkan mega untuk menghapus kemiskinan luar bandar iaitu Projek Agropolitan Bukit Sadok yang merangkumi kawasan pedalaman daerah Betong dan Saratok (Bahagian Betong) Julau dan Pakan (Bahagian Sarikei) dan Lubok Antu (Bahagian Sri Aman)

JUMLAH PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN DAERAH KECIL (DAERAH BETONG) 2010

DAERAH

BETONG

JUMLAH

MELAYU

IBAN

BIDAYUH

MELANAU

BUMIPUTERA LAIN

CINA

INDIA

LAIN -LAIN

BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA

60,728

35917

21,293

195

148

177

2,371

34

81

512

BETONG

17,014

2789

12,492

116

60

94

1,319

20

65

59

DEBAK

10,276

4,447

5,262

33

12

35

401

5

11

70

MALUDAM

5,901

4,901

769

11

15

21

106

1

2

75

PUSA

14,921

14,231

118

21

36

16

198

5

1

195

SPAOH

12,616

9,549

2,652

14

25

11

347

3

2

13

 Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia