Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Sept 2018
Versi 8.1.1a
Pejabat Daerah Kecil Debak

Pejabat Daerah Kecil Debak terletak kira-kira 55km dari Daerah Betong.Pentadbiran Pejabat Daerah Kecil ini di ketua seorang Pegawai Menguasa Dr James Luing.Di dalam pentadbiran Daerah Kecil Debak terdapat 10,276 penduduk dan majoriti adalah berbangsa Iban diikuti Melayu dan Cina.Terdapat 49 rumah panjang dan 9 buah kampung melayu

Pejabat Daerah Kecil Debak menyediakan perkhidmatan seperti Probete ,Anak Angkat,Pembaharuan Lesen Perniagaan,Urusan Senjata Api ,Permit Membeli Peluru ,Mahkamah Bumiputera ,Mengangkat Sumpah ,Pengesahan Dokumen ,Pemantauan Projek -Projek Kecil Luar Bandar dan Pemantauan Majlis-Majlis rasmi kerajaan di Daerah Kecil Debak.

Di Daerah Kecil Debak mempunyai kemudahan Asas seperti Klinik Kesihatan ,Balai Polis,Pejabat Pendaftaran,Sekolah Menengah,3 buah Sekolah Rendah (Sk Datuk Bandar,Sk Chung Hua,Sk St Christopher),Padang Futsal,Dewan Perpaduan dan Dewan Lakid untuk aktiviti Kemasyarakatan.Stesyen Minyak juga ada bagi memenuhi keperluan harian penduduk setempat yang rata-ratanya mempunyai kenderaan masing-masing.Untuk Aktiviti Keagamaan pula Daerah Kecil Debak mempunyai tempat ibadat seperti Masjid,Gereja dan Tokong .


PEGAWAI MENGUASA :

DR. JAMES ANAK LUING
(PENOLONG PEGAWAI TADBIR, N32)
NO. TELEFON PEJABAT  : 083-464103
NO. FAKS PEJABAT         : 083-464506