Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Sept 2018
Versi 8.1.1a
Perutusan Pegawai Daerah Betong

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Keharmonian dan Salam Satu Malaysia.

            Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada masyarakat Daerah Betong kerana sentiasa berdiri di belakang Pejabat Daerah Betong bagi menjayakan misi, mendukung kerajaan untuk memajukan daerah Betong sebagai daerah Foodbasket.

            Sebagai sebuah organisasi yang menjadi tulang belakang daerah, maka kita perlu sealiran dengan perkembangan teknologi terkini iaitu Ekonomi Digital. Secara umumnya ekonomi digital adalah suatu hal yang kompleks dan merupakan gelombang baharu muncul terkait dengan aspek – aspek ekonomi mikro, makro dan teori organisasi serta pengurusan. Sasaran kerajaan sekarang dalam menumpukan ekonomi digital inovatif adalah dengan merangsang kreativiti manusia, teknologi baharu, pasaran dan peluang – peluang. Ini akan mejadi penggalak produktiviti individu dan perniagaan selain melonjakkan daya saing ekonomi digital secara global. Perancangan yang efisien dan teliti serta penggunaan strategi digital yang cemerlang adalah suatu kemestian bagi memastikan daerah Betong dapat bersaing dan berjaya di pasaran antarabangsa.

            Seluruh dunia sekarang menuju ke arah ekonomi digital atau ekonomi internet. Justeru usaha Pejabat Daerah Betong untuk mentrasformasikan ekonomi tradisional ke arah ekonomi digital harus mendapat sokongan daripada semua jabatan kerajaan dan agensi swasta serta berkanun.

            Penganjuran pelbagai program teknologi digital oleh kerajaan negeri yang melibatkan penjawat awam akan merancakkan lagi sektor ini. Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital daerah Betong melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan masyarakat dan komuniti perniagaan. Ini akan meletakan daerah Betong setaraf daerah lain dalam menjalankan inisiatif kerajaan menuju kea rah ekonomi digital.

            Kini masyarakat daerah Betong di ambang Industry 4.0, iaitu pertumbuhan The Power of Cyber Digital dan suasana persekitaran serta fizikal mula aktif. Teknologi seperti Internet of Things, Big Data Analytics, Cloud Computing dan Mobile Internet antara teknologi  yang perlu dikuasai pada masa ini. Daerah Betong harus bertindak dengan komprehensif melibatkan semua pihak termasuklah jabatan kerajaan, berkanun dan swasta melalui akademik serta masyarakat daerah Betong keseluruhannya, kemungkinan suatu hari nanti tenaga manusia akan ditukar kepada tenaga robotik.

            Melihat kepada perkembangan ini, maka peranan penjawat awam semakin rumit dan mencabar dalam menempuh era ekonomi digital. Walau bagaimanapun, kita sebagai penjawat awam sedang dalam trasformasi menuju ke arah perkhidmatan yang cekap bertaraf dunia. Kakitangan Pejabat Daerah Betong juga perlu memperhebatkan budaya inovasi dan kreativiti seraya penyusunan semula dan revolusi penawaran perkhidmatan yang cemerlang seiring dengan teknologi digital.

            Marilah kita bergerak sama – sama untuk mencapai matlamat ini demi masa depan bangsa dan masyarakat Betong khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ikhlas Dari Saya,

Sofhi Bin Jebal,

Pegawai Daerah Betong